Waris (siri TV)

Waris (siri TV)

Waris adalah merupakan drama seram arahan Kabir Bhatia pada tahun 2012, dibawah terbitan Filmscape dan skripnya ditulis oleh Mira Mustaffa. Drama ini juga merupakan sekuel kepada drama seram Kekasihku Seru yang pernah memenangi anugerah Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin pada tahun 2009. 10 tahun kemudian, selepas kejadian Waris berjaya dihapuskan, pada hari dimana Marissa melahirkan anak kembarnya, Mas Ayu juga telah membangkitkan semula Waris dari kubur asalnya. Waris kini mulai menganggu hidup keluarga Marissa. Kini dia memerlukan seorang tuan baru untuk berkuasa, kerana melihat keadaan Mas Ayu yang kini semakin lemah. Mas Ayu kemudian menyembunyikan kebenaran tersebut daripada Marissa. Disaat itu juga Mas Suri telah menukarkan cucu perempuannya, Maisarah dengan bayi yang lain. Ini kerana dia tahu Waris akan kembali untuk menuntut keturunan waris perempuan untuk menyambung hayatnya, seperti yang pernah Waris lakukan pada Mastura (1900), Masita (1912), Mas Juita (1935), Mas Dahlia (1957), Mas Lela & Mas Ayu (1982). Malangnya, bayi perempuan yang telah ditukarkan dengan Maisarah sebelum ini kemudian meninggal dunia. Hal itu membuatkan Marissa berasa sangat sedih dengan kematian anak perempuannya. Hakikatnya, anak perempuan Marissa, iaitu Maisarah, masih hidup dan dijaga oleh ibu angkatnya, Zainab. Tetapi, Zainab sering mendera Maisarah sehingga Maisarah menjadi tertekan lalu menyuruh pendampingnya yang dipanggil 'Cik' lalu membunuh Zainab dengan kejam. Disebabkan kasihan melihat nasib Maisarah, Aida kemudian mengambil Maisarah sebagai anak angkat. Marissa dan Rashad akhirnya mengetahui jika anak perempuan mereka ternyata masih hidup. Namun, Marissa berasa sangat marah apabila dia mengetahui ibunya telah menukarkan dan melarikan Maisarah dan menipunya bahawa anak perempuan mereka telah mati. Namun Mas Suri cuba untuk menjelaskan tetapi tidak diterima Marissa. Pencarian anak mereka akhirnya berakhir apabila mereka bertemu dengan Aida. Mereka bersyukur kerana anak perempuan mereka yang selama ini disangkakan telah meninggal rupanya masih hidup. Mas Ayu yang kini mengetahui akan hal tersebut kemudian menyuruh Waris memburu Maisarah dan Maisarah menjadi buruan Waris. Mas Ayu dan Waris sanggup lakukan apa sahaja demi membuatkan Maisarah menjadi penyambung hayat Waris. Namun, ternyata bukanlah mudah apabila sebenarnya Amar dan Sarah adalah adik-beradik kembar tak seiras. Mas Ayu mencuba untuk memaksa Maisarah memilih Waris untuk diturunkan kepada Maisarah, namun Amar tidak mahu menerima saka Waris. Maka Waris tidak dapat mendampingi Sarah disebabkan Amar tidak rela untuk 'membela' Waris. Mas Suri berusaha untuk memusnahkan Waris namun Mas Ayu tidak menurut arahan kakaknya itu. Setelah dipujuk beberapa kali akhirnya Mas Ayu akur untuk 'melepaskan' Waris. Waris berjaya dimusnahkan oleh Mas Suri. Sesudah Waris dihapuskan, Mas Ayu akhirnya meninggal dunia. Pada hari ulangtahun kelahiran Amar dan Maisarah, Mas Suri juga meninggal dunia disebabkan penyakit kanser yang dihidapinya selama ini. Sesudah kematian Mas Suri, Marissa dan Rashad kemudian membawa anak-anak mereka untuk berpindah bagi melupakan sejarah dan kenangan hitam mereka bersama Waris.
Released: 2008
Genres: ["Horror","Drama","Mystic"]
Country: Other Asia
Status: Complete
Comments
Comments
Day
Week
Month

Genres