Sayang Suria (Telemovie)

Sayang Suria (Telemovie)

Mengisahkan tentang Suria (lakonan Janna Nick), yang merupakan pelajar baru di semester pertama tapi Suria tidak mempunyai kawan kerana kawan - kawannya menganggap dirinya pelik. Suria sebenarnya mengidap SLE sejenis lupus - penyakit kronik di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. Suria kemudiannya berkenalan dan bersahabat dengan Rykal (lakonan Hafeez Mikail) yang juga pelajar baru tapi berlainan fakulti. Persahabatan mereka membibitkan cinta namun ditentang oleh Sufi (lakonan Marisa Yasmin) yang merupakan mama Rykal kerana menganggap mereka masih muda. Rykal memberontak dan mengajak Suria untuk berkahwin. Kemudian kedua pasangan ini lari dan bernikah pada Semester 2. Dengan kehilangan mereka berdua, ibu bapa mereka berusaha untuk menjejaki mereka. Masalah kesihatan Suria semakin melarat hingga dia terpaksa dibawa ke hospital. Pihak keluarga mereka akhirnya dapat mengesan Suria dan membawanya pulang. Rykal kemudian dipaksa untuk menceraikan Suria, perkahwinan mereka dibubarkan dan keduanya terpisah. Rykal kemudiannya membawa diri ke luar negara. Selepas 7 tahun, mereka berdua akhirnya bertemu secara tidak sengaja, tetapi Rykal sudah pun ada bakal isteri yang bernama Nur Izara (lakonan Faye Kusairi). Manakala Suria pula masih hidup bergantung dengan ubatnya dan dia menjadi jurucakap untuk "hidup positif" dan Suria juga diminati Rash (lakonan Hafreez Adam). Apa yang berlaku seterusnya Apakah kebahagiaan akan menjadi milik Suria dan Rykal
Released: 2018
Genres: ["Drama","Sad","Family","Love"]
Country: Malaysia
Status: Complete
Comments
Comments
Day
Week
Month

Genres