Oh My Hantaran (TV9)

Oh My Hantaran (TV9)

Mengisahkan Mira (Elisya Sandha), gadis idaman kampung yang bercinta dengan Mail (Noki K-Clique), seorang pemuda kampung yang sangat menghormati orang tua. Namun, hubungan mereka tidak direstui oleh ayah Mira, Encik Sabri (Rosli Rahman Adam). Mail seorang yang rajin berusaha dan bekerja dengan Pak Hassan yang dianggap sebagai ayah. Encik Sabri mengharapkan Mira, satu-satu anaknya itu berkahwin dengan Rizal (MK K-Clique), iaitu anak kepada ketua kampung. Rizal berkelulusan ijazah universiti malahan dia bakal mewarisi tanah dan perniagaan kampung ayahnya. Sebenarnya Rizal seorang gengster kampung yang digeruni oleh pemuda kampung tetapi dia selalu berlagak baik di depan orang tua. Encik Sabri menetapkan syarat kepada Mail untuk menyediakan wang hantaran sebanyak RM51,000 dalam masa sebulan jika ingin berkahwin dengan Mira. Demi cinta, Mail berusaha untuk mengumpul jumlah duit itu dalam tempoh yang singkat. Rizal yang mula menyukai Mira dari zaman sekolah lagi telah bersumpah untuk memiliki Mira dengan apa jua cara pun. Dalam keadaan buntu mencari jalan, ibu Mail akhirnya menyuruh Mail berjumpa dengan ayah kandungnya, Malek di Kuala Lumpur. Tanpa dijangka, Malek meminta Mail untuk mendapatkan kembali wangnya dari para penghutang. Mail akan diberikan ganjaran berdasarkan jumlah kutipan itu. Bermulalah cabaran Mail sebagai seorang pemungut hutang demi mencari duit dalam kadar segera. Mail tidak ingin kehilangan Mira dan dia terpaksa merahsiakan kegiatan itu daripada pengetahuan Mira. Adakah Mail akan berjaya dan mengecapi kebahagiaan bersama Mira Bagaimana pula dengan Rizal yang tidak berputus asa untuk menawan hati Mira
Released: 2021
Genres: ["Drama","Romance","Comedy"]
Country: Malaysia
Status: Complete
Comments
Comments
Day
Week
Month

Genres