My Coffee Prince (MegaDrama Astro Ria)

My Coffee Prince (MegaDrama Astro Ria)

My Coffee Prince[1] ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 yang diadaptasi daripada drama popular Korea Selatan, The 1st Shop of Coffee Prince lakonan Yoon Eun-hye dan Gong Yoo yang disiarkan di MBC pada 2007. Diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden, ia dibintangi oleh Fattah Amin dan Janna Nick sebagai teraju utama. Siri ini disiarkan serentak menerusi Slot MegaDrama di Astro Ria dan Astro Ria HD mulai 27 November 2017 menggantikan Red Velvet yang tamat bersiaran pada 11 Januari 2018.[2][3] Malaysia menjadi negara ASEAN keempat yang mendapat hak eksklusif untuk menerbitkan semula drama Coffee Prince[perlu rujukan] selepas Thailand,[4] Filipina[5] dan China Menceritakan kisah Dani, seorang gadis yang sering disalah anggap sebagai lelaki. Dani tinggal bersama ibunya Zahara dan adiknya Ira. Manakala Raikal, seorang ahli perniagaan muda tidak mengetahui Dani sebenarnya seorang gadis, lalu menawarkan pekerjaan kepadanya di kafe yang hanya dikhususkan untuk pekerja lelaki. Dani yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarganya menerima tawaran tersebut. Sejak Dani mula bekerja di kafe itu, Raikal secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada Dani. Perasaan ini menyebabkan Raikal mula meragui seksualiti dirinya kerana di matanya, Dani ialah seorang lelaki. Sementara itu, Dani juga telah mula menyukai Raikal, namun tidak mahu mendedahkan bahawa dirinya ialah seorang gadis kerana beliau takut kehilangan pekerjaan.
Released: 2017
Genres: ["Drama","Love","Comedy"]
Country: Malaysia
Status: Complete
Comments
Comments
Day
Week
Month

Genres