Keliwon

Keliwon

Keliwon ialah sebuah siri himpunan cerita rakyat seram TV Malaysia yang pernah ditayangkan dalam slot Seram TV3 pada awal tahun 2009. Inilah drama seram pertama yang diarah oleh Rashid Sibir sepanjang kerjayanya. Kelainan Keliwon adalah sebagai himpunan beraneka cerita hantu yang menyiarkan satu cerita berbeza setiap episod, berbeza dengan drama slot Seram lain yang berbentuk satu cerita dalam berbilang episod. Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Pn Nurul Aini Abu Bakar, " "Ini merupakan percubaan pertama TV3 bagi membawa kelainan dengan menampilkan pelbagai cerita dalam slot seram ini."[1][2] Tajuk Keliwon berasal dari nama satu hari dalam kitaran Pasaran lima hari dalam kalendar Jawa, yang mana adalah dipercayai bahawa makhluk halus akan muncul untuk merayau dan mengacau orang ramai ketika Keliwon bertindih dengan hari Jumaat. Senarai Episod : 1. Sungai Puaka 2. Darah Lantera 3. Saka Harimau 4. Saka Pulut Kuning Santau 5. Pontianak 6. Hantu Kopek 7. Tiang Seri 8. Anak Belaan 9. Rasuk 10. Puaka Kain Kapan 11. Mak Andam Cantik 12. Puja 13. Syiling Puaka 14. Saka Cincin 15. Minyak Dagu 16. Tasik Pauh Janggi 17. Tikar Mengkuang 18. Pelesit 19. Bidan Jembalang 20. Puteri Lidah Hitam 21. Hantu Geweh 22. Hantu Kubur 23. Hantu Tak Berkepala 24. - 25. Keranda Terbang
Released: 2009
Genres: ["Horror"]
Country: Other Asia
Status: Complete
Comments
Comments
Day
Week
Month

Genres