Kekasihku Seru

Kekasihku Seru

Kekasihku Seru ialah sebuah drama bersiri genre seram yang dihasilkan di Malaysia. Drama bersiri ini diarahkan oleh Kabir Bhatia dan skripnya ditulis oleh Mira Mustaffa. Drama disiarkan di TV3 pada 24 Julai 2008 [1] hingga 30 Oktober 2008 menerusi slot "Seram". Siri ini diterbitkan oleh Filmscape dan pernah memenangi gelaran Drama Rantaian Terbaik dalam Anugerah Skrin 2009. Marissa (Emelda Rosmila) merupakan pelajar bidang kedoktoran. Misteri bermula setelah Marissa mengetahui bahawa beliau adalah seorang anak angkat selepas kematian Puan Norin, ibu angkatnya. Keinginan untuk mencari keluarga asalnya membawa Marissa ke Highland Estate. Rashad (Fizz Fairuz) yang baru sahaja kehilangan isteri dan anaknya dalam kemalangan jalan raya menyedari hijab matanya telah terbuka selepas kemalangan itu. Rashad pergi mencari atuknya, Ustaz Abdul Qadir (Ahmad Mazlan) untuk mendapatkan bantuan. Ketibaan Marissa di Highland Estate disambut Mak Wan, pembantu rumah di situ yang menyangka Marissa adalah Maryam, jururawat yang diupah untuk menjaga Mas Ayu (Tengku Sariza) yang dalam keadaan katatonik. Yakin bahawa Mas Ayu adalah ibu kandungnya, Marissa kemudian menyamar sebagai Maryam untuk meluangkan masa bersama Mas Ayu. Marissa bertemu Mas Suri (Umie Aida), kakak kepada Mas Ayu dan mak cik mereka, Mas Lela (Rose Iskandar). Marissa merasa tidak selesa dengan Mas Suri yang tegas dan terlalu banyak berahsia. Dia juga didatangi Dr Hakim (Beto Kusyairy) yang memberitahu bahawa ubat yang diberikan oleh Mas Suri adalah punca Mas Ayu sakit. Setelah dihalau oleh Mas Suri, Dr Hakim mengugut untuk membawa Mas Ayu keluar dari rumah tersebut. Namun Dr Hakim ditemui mati di kliniknya pada keesokan harinya. Rashad mula mencari atuknya setelah diberitahu orang kampung bahawa atuknya telah meninggal namun mereka tidak tahu di mana kuburnya memandangkan arwah banyak mengembara di hujung hayat didatangi Ustaz Qadir yang mengatakan beliau masih hidup dan berada di Bukit Jerai. Rashad juga mendapat berita adiknya, Dr Hakim dibunuh dan pergi ke Highland Estate untuk menyiasat kematian adiknya dan disitulah dia bertemu dengan Marissa. Marissa dan Rashad membuat keputusan untuk mencari Ustaz Qadir (Ahmad Mazlan) bagi merungkai semua persoalan tentang rahsia kelam keluarga Marissa dan mencari pembunuh Dr Hakim. Setelah berjaya menemui Ustaz Qadir di Bukit Jerai, Marissa akhirnya mengetahui akan rahsia keluarganya dan mengetahui siapa Waris (Hairie Othman) sebenarnya melalui Ustaz Qadir. Waris kini semakin lemah dan terdesak untuk memburu Marissa kerana keadaan Mas Ayu yang semakin uzur dan ini mendesak Waris untuk mendampingi Marissa sebelum kematian Mas Ayu. Namun bukan mudah apabila Ustaz Qadir dan Rashad kini membantu Mas Suri untuk melindungi Marissa daripada ancaman Waris. Bagaimanapun Rashad, Marissa dan Mas Suri berjaya menghapuskan Waris dengan mengebumikan semula sisa rangka Waris ke kubur asalnya. Pada akhirnya Marissa mengetahui bahawa ibu kandung yang dicarinya adalah Mas Suri. Rashad juga mendapati bahawa adiknya dibunuh oleh Mas Lela yang beranggapan Dr Hakim cuba untuk memecahbelahkan keluarga mereka. Bagi melupakan peristiwa hitam mereka bersama Waris, Marissa akhirnya mengajak Mas Suri dan Mas Ayu untuk tinggal di rumah Puan Norin.
Released: 2008
Genres: ["Horror","Drama","Mystic"]
Country: Other Asia
Status: Complete
Comments
Comments
Day
Week
Month

Genres