Cinta Belum Tamat Tempoh (MegaDrama Astro Ria)

Cinta Belum Tamat Tempoh (MegaDrama Astro Ria)

Setelah kematian ibu bapanya, Qaisara (Bella Astillah) bekerja keras meneruskan kehidupan bersama adiknya, Qhalish (Hun Haqeem) sehingga dia berjaya membuka sebuah kafe. Kini adiknya, Qhalish sudah dua tahun bertunang dengan Arisa (Dayang Areeda) dan merancang untuk berkahwin namun terpaksa menangguhkan hasratnya itu kerana mahu menjaga hati kakaknya yang belum berkahwin kerana ditakuti langkah bendul. Qhalish mempelawa sahabat baiknya, Radin (Nafiz Muaz) untuk menjadi abang iparnya. Selepas mendapat pelawaan Qhalish dan juga desakan daripada mamanya, Puan Iris (Liza Abdullah) untuk berkahwin, Radin mengambil keputusan untuk mengenali Qaisara dengan usahanya sendiri. Namun Radin harus bersaing dengan Megat Haikal (Fendy Bakry), seorang CEO dan pewaris syarikat yang merupakan cinta pertama dan bekas kekasih Qaisara sewaktu zaman universiti. Perpisahan mereka terjadi apabila Megat Haikal meminta Qaisara memilih dirinya atau keluarga Qaisara. Qaisara memilih untuk bersama keluarganya . Megat Haikal pula disukai oleh pembantunya yang dia anggap sebagai sahabat, Aween (Sissy Imann). Dapatkah Radin memikat hati Qaisara . Siapakah yang bertakhta di hati Qaisara Radin atau Megat Haikal
Released: 2019
Genres: ["Drama","Family","Romance","Comedy"]
Country: Malaysia
Status: Complete
Comments
Comments
Day
Week
Month

Genres