Cinderella (series tv)

Cinderella (series tv)

Cinta, gadis cantik dan juga periang. Sejak kecil, Cinta diasuh oleh Marlina yang hidup sederhana. Sebenarnya, kedua orang tua Cinta (Tia dan Bayu) masih hidup. Tia dan Bayu adalah pasangan kaya raya yang memiliki jaringan hotel mewah di Indonesia. Marlina menculik Cinta pada saat bayi kerana dendam kepada Tia dan Bayu. Dalam asuhan Marlina, Cinta hidup dalam kesengsaraan. Marlina dan kedua-dua anaknya, Lulu dan Lala selalu menimbulkan banyak kesulitan kepada Cinta. Marlina melampiaskan dendamnya kepada Cinta. Namun Cinta selalu menerima perlakuan Marlina dan kedua saudara angkatnya dengan tabah. Kejamnya hidup, tidak membuat Cinta menyerah begitu saja. Takdir bahkan membawanya mengenal Rasya, cowok kaya yang dikenal sebagai anak Tia. Rasya meminta Cinta untuk berpura-pura menjadi pacarnya. Rasya melakukan hal itu kerana ingin menghindari perjodohan dengan seorang gadis bernama Monica. Cinta yang sedang membutuhkan wang untuk mengubati Marlina yang sakit, akhirnya menyetujui permintaan Rasya tersebut.Tapi,munculnya seorang lagi lelaki kaya, Alan yang ingin meniduri Cinta dan menganggap bahawa Cinta itu perempuan materialistik. Selepas itu, Cinta dan Alan menjadi sahabat baik. Ini terjadi kerana Cinta telah mengubah sikap Alan yang sering meniduri wanita-wanita. Alan berasa terhutang budi terhadap Cinta dan menawarkan bantuan kerana Cinta telah dihalau dari rumah Marlina. Sejurus itu,Alan juga telah menawarkan Cinta untuk menjadi rakan kongsi bisnes dalam sebuah restoran yang ingin dibukanya. Restoran meraka amat berjaya. Alan telah jatuh cinta akan Cinta tetapi Cinta hanya menganggap Alan sebagai teman baiknya. Hubungan Cinta dan Rasya makin baik namun munculnya Nia kembali dalam hidup Rasya. Nia merupakan teman wanita lama Rasya yang telah meniggalkan Rasya kerana Rasya cacat 4 tahun lepas. Rasya berhadapan dengan Nia walaupun dia amat membencinya. Namun semua bencinya hilang dan dia berasa bersalah kerana Nia menghidap penyakit kanser usus dan tidak mahu menghampakan Nia yang berharap bahawa Rasya masih cintakannya. Waktu terus bergulir, lambat laun tumbuh getar cinta di antara Rasya dan Cinta. Mereka sama sekali tidak menyedari kenyataan bahawa sesungguhnya Cinta adalah anak kandung Tia. Pada hari pertunangan mereka, Rasya dan Cinta mengalami kemalangan dan Rasya terjatuh ke dalam jurang sehingga hilang ingatannya. Cinta adalah anak Tia yang diculikoleh Marlina sedangkan Rasya hanyalah anak yang dibawa Bayu untuk menggantikan Cinta yang hilang. Akhirnya, Tia dapat tahu bahawa Cinta anak kandungnya sementara Rasya menjadi Riski kerana dia hilang ingatan dan Cinta sangat memebencinya.
Released: 2007
Genres: ["Drama","Fantasy","Teenagers"]
Country: Indonesia
Status: Complete
Comments
Comments
Day
Week
Month

Genres